PENGENALAN PONDOK AN-NUUR
Pondok An-Nuur diasaskan pada tahun 1994, oleh Ustaz Mokhtar bin Senik di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh keluarga En. Idris bin Umar di Kampung Kuala Penor Kuantan Pahang.Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP KT 01/96 ). Kedudukannya yang berhampiran dengan bandar Kuantan (kira-kira 25 minit perjalanan) menjadikan Pusat pendidikan ini mudah dikunjungi dan dihubungi.
Pengambilan pelajar pertama dibuka pada tahun 1996, iaitu setahun setengah selepas ianya diasaskan. seramai 80 orang pelajar pertama telah mendaftarkan diri. Pada peringkat awal, An-nuur hanya memperkenalkan aliran pengajian pondok sahaja. Namun setelah melalui beberapa perubahan kurikulumnya, kini An-Nuur menawarkan 4 aliran pengajian, iaitu Pondok, Thanawi, Akademik dan Tahfiz. Aliran pengajian yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri itu akhirnya digarap kedalam satu kurikulum yang bersepadu.
Pengambilan pelajar dibuka kepada pelajar-pelajar yang berusia 13 tahun sehingga 20 tahun. Borang kemasukan akan dibuka pada bulan oktober setiap tahun dan pendaftaran akan bermula pada bulan pertama sessi pengajian tahun berikutnya. Diharapkan dengan adanya Pondok An-Nuur akan membuka peluang kepada Ibu-Bapa membuat pilihan untuk pengajian Islam kepada anak-anak mereka.
Bayaran pendaftaran bagi setiap pelajar baru ialah RM 480.00 ( termasuk yuran bulan pertama). Manakala yuran bulanan pula ialah RM 160.00 bagi aliran Tahfiz dan RM 130.00 bagi aliran Thanawi. AN-Nuur bukan sebuah sekolah swasta yang bermatlamatkan komesial, justeru itu kaum Muslimin dan Muslimat dipelawa untuk menjadi Ahli “Tabungan Amal” . Tabungan ini diwujudkan untuk menjadi tabungan tambahan sumber kewangan An-Nuur. Ahli yang mendaftar diminta memberikan sumbangan tetap setiap bulan mengikut kadar kemampuan dan kesanggupan masing-masing. Wang yang dikumpul daripada tabungan ini akan digunakan untuk;
1. Menampung yuran pelajar-pelajar miskin dan yatim.
2. Pembangunan An-Nuur dan
3. Menampung perbelanjaan pentadbiran An-Nuur/Atiq.
Anda yang berminat menjadi penderma tetap tabungan amal ini, boleh menghubungi
Ustaz Mokhtar 019-9532456 ( email: atiq_2456@yahoo.com..my) atau bendahari tabungan amal, saudara Rosman ( Tel: 019-9870487). Alamat
Pusat Pendidikan Islam an-Nuur, Dj-144 Kg Kuala Penor, 25150 Kuantan, Pahang
No comments:
Post a Comment