Pondok Lepan Bola
Madrasah Darul Muttaqin, Pondok Lepan Bola
Tel. 013-9817321
Alamat
Madrasah Darul Muttaqin,
Pondok Lepan Bola, Lawang, Batu Gajah,
17510 Tanah Merah, Kelantan
Mudir : Ustaz Tuan Mahmud bin Tuan
Yusuf ( 013-9225461)
Timbalan Mudir : Ustaz Nuh bin Sulaiman
(013-9817321)
Sejarah Penubuhan
Menyedari bahawa pendidikan dan
tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas,
suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka
yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang
jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Lepan Bola telah ditubuhkan
pada tahun 1997 oleh Ustaz Hj Tuan Mahmud bin Tuan Soh dengan didokong
oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat
idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa
dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai
beranjau yang terpaksa direntas
Dengan tertubuhnya Pondok Lepan Bola maka
suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang
ikhlas dapat dilihat tersergam gagah dan menambahkan lagi kemeriahan pusat
pengajian agama di daerah ini
Objektif Penubuhan
Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
akademik dan syakhsiyyah
Melahirkan pelajar yang mampu menjadi
pemimpin
Melahirkan pelajar yang mampu menguasai
kitab turath
Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa
dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan
Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam
memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu
yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang
kehidupan
Membentuk dan melahirkan golongan mukmin
yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak
bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan
dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan
Lokasi
Pondok Lepan Bola terletak di Kg Lawang,
Tanah Merah, Kelantan kira-kira 15 km dari Pusat Bandar Tanah di atas tanah
yang asalnya bekas rizab haiwan yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri
Kelantan
Kemudahan asas
Masjid untuk berjemaah dan pengajian
Madrasah atau surau
Pondok penginapan pelajar, kelamin dan
warga tua
Asrama pelajar perempuan
Rumah guru
Bangunan pejabat
Tenaga Pengajar
Terdapat 4 orang tenaga pengajar yang
mengendalikan kuliah di pondok ini disamping kepala mutala’ah atau pembantu
guru Penghuni dan Pelajar PondokJumlah penghuni pondok kini seramai 80
orang muslimin dan muslimat yang bujang disamping kelamin dan warga tua
No comments:
Post a Comment