Madrasah Ar-Rahmaniah, Pondok Kg Neting
Tel. 019-9262256
Maklumat Pondok
Kg Neting
Nama Rasmi
Madrasah
Ar-Rahmaniah
Pondok
Kg Neting, Tumpat, Kelantan
SEJARAH
Pondok Neting
telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Kampung Neting, Jajahan Tumpat. Mudir
Pondok Kg Neting iaitu al-Fadhil Ustaz Muslim bin Zakaria atas
permintaan dan cadangan daripada bapa mertuanya Ustaz Hj Abdul Rahman telah
bertungkus lumus dengan beberapa orang tenaga penting yang lain dalam
mengimarahkan pondok ini. Dengan terdirinya pondok ini maka bertambahnya
bilangan pondok bagi jajahan Tumpat untuk dijadikan pusat pengajian bagi umat
Islam yang bukan sahaja sekitar jajahan ini malah seluruh negara termasuk dari
Thailand. Pondok ini adalah di antara pondok yang baru bernaung di bawah
Pusat Pembangunan Pondok Berhad iaitu Persatuan Pondok Kelantan
KEMUDAHAN ASAS
1. Sebuah masjid
yang dapat menampung seramai 300 jemaah. Ia juga merupakan tempat pengajian di pondok ini
2. Sebuah asrama
pelajar lelaki iaitu bangunan asrama batu dua tingkat yang dapat menampung 50
orang pelajar.
3. Sebuah asrama
pelajar perempuan iaitu bangunan asrama batu dua tingkat
4. Beberapa buah
pondok bagi pelajar dan warga emas
SUKATAN
PENGAJIAN
Ilmu yang diajar
adalah merangkumi semua ilmu agama termasuk ilmu Usuluddin, Feqah, Ilmu Alat,
Al-Qur’an, Al-Hadis dan lain-lain.Semua kitab adalah kitab pondok (tradisional)
samada di dalam bahasa melayu jawi dan Arab. Pondok ini juga menyediakan
pengajian tahfiz bagi pelajar yang berkelayakan
MATLAMAT
Menjadikan Pondok
sebagai pusat pengajian Islam secara teori dan praktikal
Mencari
keredhaan Allah serta menghapuskan kerosakan akhlak
Melahirkan
generasi berilmu, beramal, berani dan bertaqwa.
Melahirkan
pelajar mahir serta memahami secara mendalam ilmu agama dengan menjadikan islam
sebagai cara hidup
Jadual
pengajian harian
MASA
|
PENGAJIAN
|
7.00 – 8.30
Pagi
|
Kitab
|
9.00 – 9.30
pagi
|
Kelas al-Quran
|
10.00 – 11.00
pagi
|
Kitab
|
2.00 – 3.00
petang
|
Kelas Tahfiz
dan al-Quran
|
3.00 – 3.45
petang
|
Kitab
|
Lepas Asar
|
Kitab
|
Lepas Maghrib
|
Kitab
|
Lepas Isya’
|
Kitab dan
al-Quran
|
Gambar struktur pondok :
No comments:
Post a Comment