Madrasah An-Najmiah, Pondok Geting
Tel. 019-9095839
Nama Murshid : Tuan Guru Hj. Abdullah bin Sa`amah.
Beliau dilahirkan di Pondok Maheliah ,Geting , Tumpat. pada tahun 1945M
Pendidikan :
Tempat
|
Nama Tuan Guru
|
Pondok Berangan
(7 thn)
|
- Tuan Guru Hj. Yaakob
|
Pondok Pohon Durian Jahar (Pattani) (2
thn)
|
- Tuan Guru Hj. Abdulah Jabi
|
Pondok Bermin (5 thn)
|
- Tuan Guru Hj. Mohd Terengganu-
- Tuan Guru Hj. Abd Rahman Bangkok |
Pondok Hj. Ismail Tok Som
(1 thn)
|
- Tuan Guru Hj. Ismail
|
Pondok Pujuk Dusun Belaga
|
|
Mekah
(12 thn)
|
-Tuan Guru Bali Cahaya
- Tuan Guru Karim Banjar
- Tuan Guru Abdullah Sedawat
- Tuan Guru Rashid Jalal
|
Buka Pondok
Mula membukan pondok di Kg Geting yang
dinamakan Madrasah Najmiah bersebelahan dengan pondok lama Mahiliah
Tempat rujukan masyarakat
Beliau sentiasa dikunjungi oleh orang ramai
samada untuk meminta nasihat, belajar ilmu dan perubatan Islam
Beliau seorang yang tegas dan banyak
menyumbangkan ilmu agama kepada masyarakat luar melalui pengajaran di masjid
dan surau selain di pondok beliau sendiri
Sejarah Penubuhan
Menyedari bahawa pendidikan dan
tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas,
suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka
yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang
jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Kampung Geting telah
ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Tuan Guru Hj Abdullah bin Sa’amah dengan
didokong oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha,
keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang
terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah
denai beranjau yang terpaksa direntas
Dengan tertubuhnya Pondok Kampung Geting
maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal
yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah menambahkan lagi kerancakan kepada
pertumbuhan dan perkembangan pusat pengajian agama seumpama ini di daerah ini
Objektif Penubuhan
Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
akademik dan syakhsiyyah
Melahirkan pelajar yang mampu menjadi
pemimpin
Melahirkan pelajar yang mampu menguasai
kitab turath
Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa
dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan
Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam
memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu
yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang
kehidupan
Membentuk dan melahirkan golongan mukmin
yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak
bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan
dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan
Lokasi
Pondok Kampung Geting terletak di Kampung
Geting, Tumpat, Kelantan kira-kira 3 km dari Pekan Pengkalan Kubur,
Tumpat
Kemudahan asas
Madrasah atau surau untuk berjemaah dan
pengajian
Pondok penginapan pelajar muslimin
Rumah guru
Bangunan pejabat
Dewan serbaguna
Tenaga Pengajar
Terdapat 2 orang tenaga pengajar yang
mengendalikan kuliah di pondok ini disamping kepala mutala’ah atau pembantu
guru
Penghuni dan Pelajar Pondok
Jumlah penghuni pondok kini seramai 35
orang muslimin yang bujang
No comments:
Post a Comment