Pondok Bukit Awang
019-9481330 : Ustaz Rosli b Wan Ibrahim
Korikulum Madrasah
Madrasah ini mempunyai 2 sistem pengajian
iaitu Nizami dan Umumi.
Bagi kelas Nizami di mana pelajar akan
dikelaskan melalui satu peperiksaan kelayakan dan korikulumnya jarang berubah
manakala bagi peringkat umumi pula di mana
pelajar akan memilih pengajian mengikut kemampuan masing-masing maka penentuan
kitab yang dipelajari mengikut guru yang mengajar
Kemudahan asas
Sedang membina sebuah Masjid
Madrasah atau surau untuk berjemaah
dan pengajian
Pondok penginapan pelajar, kelamin dan
warga tua
Asrama pelajar lelaki
Asrama pelajar perempuan
Rumah guru
Bangunan pejabat
Kantin
Tenaga Pengajar
Terdapat 10 orang tenaga pengajar yang
mengendalikan kuliah di pondok ini disamping kepala mutala’ah atau pembantu
guru
Penghuni dan Pelajar Pondok
Jumlah penghuni pondok kini seramai 200
orang muslimin dan muslimat yang bujang disamping kelamin dan warga tua
Makan Minum
Pondok ini mempunyai cara pengurusan makan
minum yang berbeza daripada pusat pengajian pondok yang lain iaitu di masak
secara kumpulan dan mengikut giliran di mana pelajar hanya perlu bayar RM 1
sahaja di mana yang lain adalah sumbangan daripada para penderma budiman
Pondok Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir
Puteh, Kelantan
No Telefon : 019-9481330 (Ustaz Rosli b Wan
Ibrahim)
Sejarah Penubuhan
Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah
adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya
usaha yang berterusan digerak dan digarap kan dengan dokongan mereka yang
prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu
dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Dalam Huma, Bukit Awang telah
ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Ustaz Rosli b Wan Ibrahim dengan didokong
oleh beberapa orang pembantu yang kebanyakannya merupakan kawan-kawan yang sama
menuntut di Pondok Pasir Tumboh sebelum ini bagi mencurahkan seluruh daya,
usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan
tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi
dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntasi. Usia yang muda tidak
menjadi halangan kepada pengasas dan mudir pondok ini dalam memikul amanah yang
diberikan oleh tuan tanah yang mewakafkan tanahnya bagi melihat tertubuh nya
sebuah pusat pengajian agama bagi memberi peluang bukan sahaja masyarakat Pasir
Puteh malah pelajar dari negeri jiran iaitu Terengganu disamping dari negeri
yang lain untuk datang menuntut ilmu di sini. Pusat pengajian ini merupakan
antara pondok baru yang cepat berkembang maju dari segi bilangan pelajar dan
pembangunan hasil kerjasama semua pihak
Dengan tertubuh nya Pondok Dalam Huma maka
suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang
ikhlas dapat dilihat tersergam gagah dan menambahkan lagi kemeriahan pusat
pengajian agama di daerah ini
Objektif Penubuhan
Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
akademik dan syakhsiyyah
Melahirkan pelajar yang mampu menjadi
pemimpin
Melahirkan pelajar yang mampu menguasai
kitab turath
Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa
dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan
Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam
memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu
yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang
kehidupan
Membentuk dan melahirkan golongan mukmin
yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak
bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan
dapat menghayati nya dalam segenap bidang kehidupan
Lokasi
Pondok Dalam Huma, Bukit Awang terletak di
Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan kira-kira 15 km dari Pusat
Bandar Pasir Puteh di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah disampang
tanah dibeli oleh pihak pentadbiran pondok hasil sumbangan pelbagai pihak yang
cintakan ilmu Islam