Laman Barokah ~
salam ziarah buat pencinta pondok sekalian "menjejak ilmu, mengasih laman nurani..menggembur jiwa gersang" Ahlan Wasahlan
Syeikhul Quran ~
Monday, December 31, 2012
PENGENALAN PONDOK AN-NUUR
Pondok An-Nuur diasaskan pada tahun 1994, oleh Ustaz Mokhtar bin Senik di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh keluarga En. Idris bin Umar di Kampung Kuala Penor Kuantan Pahang.Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP KT 01/96 ). Kedudukannya yang berhampiran dengan bandar Kuantan (kira-kira 25 minit perjalanan) menjadikan Pusat pendidikan ini mudah dikunjungi dan dihubungi.
Pengambilan pelajar pertama dibuka pada tahun 1996, iaitu setahun setengah selepas ianya diasaskan. seramai 80 orang pelajar pertama telah mendaftarkan diri. Pada peringkat awal, An-nuur hanya memperkenalkan aliran pengajian pondok sahaja. Namun setelah melalui beberapa perubahan kurikulumnya, kini An-Nuur menawarkan 4 aliran pengajian, iaitu Pondok, Thanawi, Akademik dan Tahfiz. Aliran pengajian yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri itu akhirnya digarap kedalam satu kurikulum yang bersepadu.
Pengambilan pelajar dibuka kepada pelajar-pelajar yang berusia 13 tahun sehingga 20 tahun. Borang kemasukan akan dibuka pada bulan oktober setiap tahun dan pendaftaran akan bermula pada bulan pertama sessi pengajian tahun berikutnya. Diharapkan dengan adanya Pondok An-Nuur akan membuka peluang kepada Ibu-Bapa membuat pilihan untuk pengajian Islam kepada anak-anak mereka.
Bayaran pendaftaran bagi setiap pelajar baru ialah RM 480.00 ( termasuk yuran bulan pertama). Manakala yuran bulanan pula ialah RM 160.00 bagi aliran Tahfiz dan RM 130.00 bagi aliran Thanawi. AN-Nuur bukan sebuah sekolah swasta yang bermatlamatkan komesial, justeru itu kaum Muslimin dan Muslimat dipelawa untuk menjadi Ahli “Tabungan Amal” . Tabungan ini diwujudkan untuk menjadi tabungan tambahan sumber kewangan An-Nuur. Ahli yang mendaftar diminta memberikan sumbangan tetap setiap bulan mengikut kadar kemampuan dan kesanggupan masing-masing. Wang yang dikumpul daripada tabungan ini akan digunakan untuk;
1. Menampung yuran pelajar-pelajar miskin dan yatim.
2. Pembangunan An-Nuur dan
3. Menampung perbelanjaan pentadbiran An-Nuur/Atiq.
Anda yang berminat menjadi penderma tetap tabungan amal ini, boleh menghubungi
Ustaz Mokhtar 019-9532456 ( email: atiq_2456@yahoo.com..my) atau bendahari tabungan amal, saudara Rosman ( Tel: 019-9870487). Alamat
Pusat Pendidikan Islam an-Nuur, Dj-144 Kg Kuala Penor, 25150 Kuantan, Pahang
Pondok Sungai Durian
Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai
Durian,Kuala Krai, Kelantan akan mula membuka pendaftaran pelajar baru esok
Ahad 11 September. Pendaftaran terbuka bagi pelajar lelaki dan perempuan yang
berumur 7 tahun hingga 18 tahun iaitu peringkat rendah dan menengah. Sebarang
pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah hubungi pihak pentadbiran madrasah
No telefon : 09-9667071(P) / 019-9569101
(Ustaz Yahya)
Madrasah Muhammadiah
Pondok Sungai Durian
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ
فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ
سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ
عَلِيمٌ
|
261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan
oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan
sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji.
Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha
Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS. 2:261)
The likeness of those who spend their
wealth in Allah’s way is as the likeness of a grain growing seven ears with a
hundred grains in every ear; and Allah multiplies for whom He pleases; and
Allah is All-Embracing, All- Knowing.
“ Apabila mati seorang anak Adam, maka
terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau
ilmu yang dimanfaat dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(riwayat Muslim).
PENGENALAN PONDOK SUNGAI DURIAN
Pondok Sungai Durian atau nama lengkapnya
Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian juga dikenali dengan Pondok Haji
Abdul Rahman oleh penduduk setempat. Ia diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Haji
Abdul Rahman Bin Sulaiman (1923M-1988M) secara rasminya pada 4 Jun 1958 di Kg.
Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
Pada asalnya pondok ini mula beroperasi di
Bukit Enggong, Guchil, Kuala Krai, pada tahun 1957. Tetapi pada 1958 ianya
terpaksa dipindahkan kerana lokasi tersebut tidak sesuai, lebih-lebih lagi
dengan bertambahnya bilangan pelajar. Ianya dibina di atas sebidang tanah
seluas 4 ekar kepunyaan Tuan Guru Haji Abdul Rahman di Kampung Sungai Durian,
Kuala Krai dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari bandar Kuala Krai dan 66
kilometer dari bandar Kota Bharu.
Kawasan yang dahulunya hanya 4 ekar, kini
telah bertambah kepada 12 ekar hasil pembelian dari jiran-jiran sekitar pondok.Sekembalinya Tuan Guru Haji Abdul Rahman
bin Sulaiman ke Rahmatullah, pentadbiran dan pengurusan pondok diteruskan oleh
adiknya Haji Ismail dan isteri Almarhum, Ustazah Hajjah Fatimah binti Sheikh
Daud bersama anak-anak Almarhum. Sehingga sekarang terdapat lebih kurang 250
orang pelajar lelaki dan perempuan serta 350 orang dewasa dan warga emas.
SISTEM PENGAJIAN
Pondok Sungai Durian merupakan salah satu
pusat pengajian pondok yang menggabungkan di antara dua aliran iaitu secara
tradisional dan moden. Kedua-dua aliran ini adalah cetusan pemikiran Almarhum
Tuan Guru Haji Abdul Rahman sendiri, walaupun cara ini berbeza dari sistem
pondok yang sedia ada. Tujuan Beliau ialah untuk mengatasi masalah pelajar
disamping memaju dan memperbaharui pusat pengajian pondok. Sistem pondok
trandisional merupakan sistem pengajian kitab-kitab silam oleh para ulama’
terkemuka sama ada dalam bahasa jawi dan arab manakala sistem sekolah (moden)
pula menggabungkan sukatan Pondok Sungai Durian sendiri dengan sukatan Yayasan
Islam Kelantan.
Secara umumnya, sistem pengajian di Pondok
Sungai Durian terbahagi kepada 4 tahap mengikut tahap kemampuan pelajar iaitu:
1) Kelas Rendah
2) Kelas Peralihan
3) Kelas Menengah
4) Kelas Umum
INFRASTRUKTUR
Di antara kemudahan asas dan infrastruktur
PSD ialah:
1.Masjid.
Masjid ini baru sahaja siap pembesaran dan
pembinaan semulanya pada tahun 2008. Ia boleh menampung pada satu masa seramai
3,000 orang jemaah. Ia merupakan pusat ilmu dan tempat ibadat di PSD. Masjid
tersebut juga menjadi tempat solat Jumaat bagi penduduk Mukim Sungai Durian dan
sekitarnya.
2.Bangunan Madrasah (sekolah).
Terdapat dua buah bangunan sekolah tiga
tingkat. Salah satunya untuk pelajar lelaki dan satu untuk pelajar perempuan.
3.Bangunan Madrasah lama
Bangunan ini telah dijadikan pejabat,
perpustakaan dan dewan makan. Juga terdapat musalla lama sebagai tempat
aktiviti pelajar.
4.Penempatan pelajar
Pelajar lelaki tinggal di pondok-pondok
kecil dan beberapa buah rumah yang dijadikan asrama.
Begitu juga pelajar perempuan, mereka
ditempatkan di beberapa buah pondok serta beberapa buah rumah yang dijadikan
asrama.
Manakala orang-orang tua pula mendiami
pondok-pondok secara berkongsi atau sendirian.
KEWANGAN
PSD tidak mempunyai sumber pendapatan atau
kewangan yang tetap sebagaimana pusat-pusat pengajian lain. Oleh itu derma
ikhlas, bantuan dan sumbangan kewangan dari mana-mana pihak amatlah diperlukan
bagi menguruskan pentadbiran pondok dengan lebih tersusun dan cekap lagi.
CADANGAN PROJEK
Membina sebuah asrama tiga tingkat yang
melengkapi keperluan semasa dan memberi keselesaan kepada para pelajar. Ini
kerana beberapa faktor berikut:
Memandangkan keadaan pondok-pondok yang
sedia ada sudah uzur dan tidak teratur serta asrama yang ada pula tidak lengkap
dan serba kekurangan.
Bilangan penempatan yang sedia ada tidak
dapat menampung bilangan permintaan pelajar pada hari ini.
Kedudukannya yang berteraburan dan tidak
tersusun, menyulitkan pihak pentadbiran / disiplin mengadakan kawalan disipilin
ke atas pelajar
Kawalan dari sudut keselamatan.
Beberapa aktiviti berkala pada musim cuti
untuk pelajar luar juga tidak dapat diadakan disebabkan faktor penempatan.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Sumbangan dan derma bolehlah disalurkan
melalui akaun berikut:
Nama : Madrasah Muhammadiah
No. Akaun : 03-072-01-011983-9.
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Kuala
Krai)
Kerjasama dari semua pihak, kami didahului
dengan ucapan terima kasih.
PENASIHAT PROJEK
Ustaz Haji Ahmed Shukri bin Haji Abdul
Rahman
H/P: 019-6955960
PENGERUSI PROJEK
Ustaz Dr Haji Abdul Basit bin Haji Abdul
Rahman
H/P: 019-9441881
SETIAUSAHA PROJEK
Ustaz Haji Abdul Latiff bin Haji Abdul
Rahman
H/P: 019-9565665
BENDAHARI PROJEK
Ustaz Haji Fakhrulrazi bin Haji Abdul
Rahman
H/P: 013-9337257
MURID-MURID DAN SYARAT KEMASUKAN
Bertolak dari situlah jumlah pelajar mula
menurun dari 800 ke 400 lebih pada akhir tahun 1989. Pada awal 1990 jumlah
pelajar hampir 300, angka ini dapat dipertahankan hingga awal tahun 2000,di
mana pada ketika itu bilangan pelajar telah menurun ke angka 250 sehingga tahun
2002. Pada tahun 2002 hingga 2004, bilangan pelajar hanya 200 orang. Dari
statistik terbaru, jumlah pelajarnya ialah 270 orang, terdiri dari pelajar
lelaki 200 dan pelajar perempuan 70 orang. Selain itu, jumlah kelamin dan warga
emas lebih kurang 300 orang
Pelajar-pelajar datang dari segenap pelosok
negara seperti Terengganu, Kedah, Johor,Selangor, Perak, Kuala Lumpur,Melaka
dan negara jiran seperti Thailand. Malah Pondok Sungai Durian juga telah
menerima pelajar dari dari negara Singapura dan Kemboja. Kesemua pelajar
diwajibkan tinggal di asrama yang telah disediakan oleh pihak pentadbir ataupun
pondok-pondok yang telah didirikan bagi memudahkan bagi mengikuti jadual
yang telah disusun.
SYARAT KEMASUKAN
Walau bagaimanapun pihak pentadbir telah
menetapkan bahawa setiap pelajar yang ingin memasuki Pondok Sungai Durian ini
diuji terlebih dahulu sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis. Aspek yang
ditekankan dalam ujian tersebut ialah kemampuan menguasai al-Quran dan tulisan
jawi. Setelah berjaya dalam ujian tersebut, pelajar akan ditempatkan di
peringkat yang sesuai dengan kemampuan yang ditunjukkan.
Hasil penelitian yang dibuat, pelajar yang sedang mengikuti pengajian di sini
terbahagi kepada dua katagori utama. Katagori pertama terdiri daripada
pelajar-pelajar yang dapat menguasai bahasa Arab dan pernah mendapat pendidikan
sekolah agama. Manakala katagori kedua pula ialah pelajar-pelajar yang tidak
boleh menguasai bahas Arab dan tidak mempunyai asas mengenainya. Pihak pentadbir
telah mengambil inisiatif dengan menwujudkan kelas peralihan (al-Intiqaliyyah)
bagi pelajar yang baru. Setelah itu diadakan ujian pencapaian untuk menentukan
tahap kebolehan pelajar berkenaan
Kini pihak Madrasah mengadakan
syarat-syarat khusus bagi setiap pelajar yang berminat untuk mengikuti
pengajian di Pondok Sungai Durian. Kelayakan yang diperlukan untuk mengikuti
pengajian di sini ialah sekurang-kuragnya tamat sekolah rendah ataupun sekadar
boleh membaca dan menulis dan berumur tidak melebihi 18 tahun ke atas,
sekiranya melebihi 18 tahun ke atas akan diterima dengan syarat yang
khusus dan pihak Madrasah akan memantau dalam tempoh dua minggu,
sekiranya tidak meragukan pihak Madrasah akan menerimanya sebaagi pelajar
rasmi.Apa yang pentingnya ialah kesungguhan pelajar untuk mendalami ilmu dan
sanggup mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak Pondok Sungai
Durian.
Pondok Sunga Durian mempunyai pelajar yang
terdiri dari lelaki dan perempuan. Pada peringkat awal penubuhan hanya seramai
40 orang. Pada tahun 1988 jumlah pelajar menjangkau angka 800 orang, Setelah
Tuan Guru meninggal dunia ianya diambil alih oleh adiknya Haji Ismail.Pada
ketika itu Pondok Sungai Durian menghadapi beberapa masalah, yang paling ketara
pelajar-pelajar mula berhijrah ke tempat lain, sebahagiannya ke Lubuk Tapah
Pasir Mas dan sebahagian lagi ke Pondok Pasir Tumbuh dengan alasan bahawa
di sana masih ada Tuan Guru yang berwibawa.
Madrasah Darul Ilmi, Pondok Bukit Gading
Tel. 019-9272388
Tel. 019-9272388
Maklumat Pondok Bukit Gading
Sejarah Penubuhan
Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Darul Ilmi (PDI) telah ditubuhkan pada tahun 1985 oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Mohammad bin Che Long ( 1924 – 31.1.1998 ) dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas
Dengan tertubuhnya Pondok Darul Ilmi (PDI) yang merupakan pondok tunggal di Daerah Tanah Merah ketika itu maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah setelah sekian lama daerah ini ketandusan pusat pengajian agama seumpama ini
Meski pun Allah lebih menyayangi al-Marhum Tuan Guru Hj Mohammad yang meninggal dunia pada 31 Januari 1998 namun roh jihad yang dirintis oleh beliau tidak dibiarkan pupus dan mati sebaliknya diteruskan oleh menantunya Ustaz Hj Mohamad bin Awang yang mengambil alih pentadbiran
Objektif Penubuhan
- Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
- Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
- Melahirkan pelajar cemerlang dalam menguasai bahasa-bahasa utama selain Melayu iaitu Arab dan Inggeris
- Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
- Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan diri dan emosi
- Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
- Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
- Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
- Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan
Lokasi
Pondok Darul Ilmi (PDI) terletak di Kg Bukit Gading, 17500 Tanah Merah, Kelantan kira-kira 8 km dari Pusat Bandar Tanah Merah di atas sebidang tanah seluas 5 ekar persegi.
Perancangan
Posted by epondok di Mei 9, 2008
- Menganjurkan program Pengajian Berkembar yang menempatkan sejumlah pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan terutama daripada SMU Padang Siam, Tanah Merah di asrama Pondok Darul Ilmi bagi mengikuti pengajian pondok dan dalam masa yang sama mengikuti pengajian biasa di sekolah mereka
- Menggiatkan usaha ke arah memantapkan ekonomi pondok agar dapat menguruskan segala kegiatan yang dirancang dengan lancar dan berkesan
- Merangka program pendidikan dan kebajikan yang berterusan dari masa ke semasa
- Mengadakan program umum kepada masyarakat luar terutama pelajar sekolah setiap kali musim cuti sekolah selama 2 – 3 minggu
- Menyusun dan mengatur serta memastikan persekitaran pondok yang kondusif ke arah menarik perhatian semua pihak sebagai menepati kehendak kerajaan negeri yang menyarankan agar pondok dapat menjadi salah suatu daripada produk pelancongan
Kemudahan asas
- Masjid Darul Ilmi yang diperbesarkan oleh seorang dermawan yang siap dibina pada tahun 2003 dan perasmiannya disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan pada 5 Disember 2003M bersamaan 11 Syawal 1424H.
- Sebuah blok asrama
- Sebuah bangunan sekolah untuk pengajian yang siap dibina pada 1992
- Dewan serbaguna sempena lawatan DYMM Sultan Kelantan pada 31 Mac 2006
- 127 buah pondok penginapan
- 4 buah rumah guru
- Bangunan pejabat
Tenaga Pengajar
Terdapat 6 orang tenaga pengajar yang mengendalikan kuliah di pondok ini dan seorang guru pelawat. Kesemua tenaga pengajar memberikan kuliah secara berjadual di 3 tempat iaitu majis, madrasah dan dewan serbaguna
Penghuni dan Pelajar Pondok
Jumlah penghuni pondok kini seramai 153 orang Muslimat dan 60 orang muslimin. Manakala pelajar bujang pula seramai 45 orang. Kawasan pondok terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pondok kelamin, muslimat janda dan muslimin duda. Para pelajar bujang pula tinggal di asrama
Pengasas Pondok Darul Ilmi (PDI)
Nama : Tuan Guru Hj Mohammad bin Che Long ( 1924 – 31.1.1998 )
Pengajian :
a. Pondok Bunut Payung, Kota Bharu selama 12 tahun mula 1938
b. Mekah dari 1951 – 1955
Antara gurunya
1. Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung
2. Tuan Guru Hj Budin Sumatera
3. Tuan Guru Hj Ismail Mufti Kelantan
Mekah
1. Tuan Guru Syeikh Daud Kelantani
2. Tuan Guru Syeikh Abdul Kadir Mandili
3. Tuan Guru Syeikh Yasin Padang
4. Tuan Guru Syeikh Hassan Ahmad Marsyat
5. Tuan Guru Tok Ahyad
6. Tuan Guru Tok Afnam
Monday, December 3, 2012
Pondok Berangan
Pondok Berangan
Sejarah Penubuhan
Sejarah Penubuhan
Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Hj Yaakob, Kampung Berangan telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Yaakob bin Ishak (Ayahanda YB Ustaz Hj Ahmad bin Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang) dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas
Dengan tertubuhnya Pondok Hj Yaakob, Kampung Berangan maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah setelah sekian lama daerah ini ketandusan pusat pengajian agama seumpama ini
Setelah al-Marhum Tuan Guru Hj Yaakob bin Ishak meninggal dunia maka pengajian pondok ini diteruskan oleh anak murid tuanya iaitu Tuan Guru Hj Muhammad bin Hj Ali sehingga kini
Objektif Penubuhan
Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan
Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan
Lokasi
Pondok Hj Yaakob Berangan terletak di Kg Berangan, Tumpat, Kelantan kira-kira 7 km dari Pusat Bandar Tumpat di atas sebidang tanah seluas 1 ekar lebih
Posted by epondok di Mei 9, 2008
Kemudahan asas
Madrasah atau surau untuk berjemaah dan pengajian
Pondok penginapan pelajar, kelamin dan warga tua
Rumah guru
Bangunan pejabat
Tenaga Pengajar
Terdapat 4 orang tenaga pengajar yang mengendalikan kuliah di pondok ini disamping kepala mutala’ah atau pembantu guru
Penghuni dan Pelajar Pondok
Jumlah penghuni pondok kini seramai 25 orang muslimin yang bujang disamping kelamin dan warga tua dengan jumlah hampir sama
Mudir Pondok Hj Yaakob Berangan
Nama : Tuan Guru Hj Mohammad bin Hj Ali
Pengajian :
a. Pondok Hj Yaakob Berangan mula 1957
b. Mekah dari 1963 – 1971
Antara gurunya
1. Tuan
Guru Hj Yaakob Berangan
2. Tuan
Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah
3. Tuan
Guru Syeikh Daud Kelantani
4. Tuan
Guru Syeikh Abdul Kadir Mandili
5. Tuan
Guru Syeikh Mokhtar Afnam
6. Ku
Jalil Indonesia
7. Hj
daud Panji
8. Tuan
Guru Hj Husin Surat Fatani
Bidang
ilmu yang diajar
Semua
kitab turath dalam bidang Aqidah, Feqah, tasawwuf, Tafsir, Hadis, Nahu, Soraf
Beliau
turut mengajar di luar daripada kawasan pondok atas jemputan umum
Monday, October 22, 2012
Pondok Bukit Awang
019-9481330 : Ustaz Rosli b Wan Ibrahim
Korikulum Madrasah
Madrasah ini mempunyai 2 sistem pengajian
iaitu Nizami dan Umumi.
Bagi kelas Nizami di mana pelajar akan
dikelaskan melalui satu peperiksaan kelayakan dan korikulumnya jarang berubah
manakala bagi peringkat umumi pula di mana
pelajar akan memilih pengajian mengikut kemampuan masing-masing maka penentuan
kitab yang dipelajari mengikut guru yang mengajar
Kemudahan asas
Sedang membina sebuah Masjid
Madrasah atau surau untuk berjemaah
dan pengajian
Pondok penginapan pelajar, kelamin dan
warga tua
Asrama pelajar lelaki
Asrama pelajar perempuan
Rumah guru
Bangunan pejabat
Kantin
Tenaga Pengajar
Terdapat 10 orang tenaga pengajar yang
mengendalikan kuliah di pondok ini disamping kepala mutala’ah atau pembantu
guru
Penghuni dan Pelajar Pondok
Jumlah penghuni pondok kini seramai 200
orang muslimin dan muslimat yang bujang disamping kelamin dan warga tua
Makan Minum
Pondok ini mempunyai cara pengurusan makan
minum yang berbeza daripada pusat pengajian pondok yang lain iaitu di masak
secara kumpulan dan mengikut giliran di mana pelajar hanya perlu bayar RM 1
sahaja di mana yang lain adalah sumbangan daripada para penderma budiman
Pondok Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir
Puteh, Kelantan
No Telefon : 019-9481330 (Ustaz Rosli b Wan
Ibrahim)
Sejarah Penubuhan
Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah
adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya
usaha yang berterusan digerak dan digarap kan dengan dokongan mereka yang
prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu
dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Dalam Huma, Bukit Awang telah
ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Ustaz Rosli b Wan Ibrahim dengan didokong
oleh beberapa orang pembantu yang kebanyakannya merupakan kawan-kawan yang sama
menuntut di Pondok Pasir Tumboh sebelum ini bagi mencurahkan seluruh daya,
usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan
tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi
dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntasi. Usia yang muda tidak
menjadi halangan kepada pengasas dan mudir pondok ini dalam memikul amanah yang
diberikan oleh tuan tanah yang mewakafkan tanahnya bagi melihat tertubuh nya
sebuah pusat pengajian agama bagi memberi peluang bukan sahaja masyarakat Pasir
Puteh malah pelajar dari negeri jiran iaitu Terengganu disamping dari negeri
yang lain untuk datang menuntut ilmu di sini. Pusat pengajian ini merupakan
antara pondok baru yang cepat berkembang maju dari segi bilangan pelajar dan
pembangunan hasil kerjasama semua pihak
Dengan tertubuh nya Pondok Dalam Huma maka
suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang
ikhlas dapat dilihat tersergam gagah dan menambahkan lagi kemeriahan pusat
pengajian agama di daerah ini
Objektif Penubuhan
Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
akademik dan syakhsiyyah
Melahirkan pelajar yang mampu menjadi
pemimpin
Melahirkan pelajar yang mampu menguasai
kitab turath
Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa
dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan
Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam
memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu
yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang
kehidupan
Membentuk dan melahirkan golongan mukmin
yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak
bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan
dapat menghayati nya dalam segenap bidang kehidupan
Lokasi
Pondok Dalam Huma, Bukit Awang terletak di
Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan kira-kira 15 km dari Pusat
Bandar Pasir Puteh di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah disampang
tanah dibeli oleh pihak pentadbiran pondok hasil sumbangan pelbagai pihak yang
cintakan ilmu Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)